1. Jangan lipat kertas jawapan anda
2. Jangan dedahkan kertas jawapan anda sehingga
boleh dibaca oleh pelajar lain.
3. Jangan meniru atau memberi peluang meniru
kepada pelajar lain.
4. Jangan berhubung dengan orang lain di dalam
atau di luar kelas semasa peperiksaan sedang dijalankan.
5.Jangan bawa masuk ke dalam kelas/ dewan
peperiksaan kotak pensel, sebarang buku, nota catatan atau sebarang kertas
termasuk jaduak waktu peperiksaan.
6.Jangan memberi atau mendapat pertolongan atau melakukan
sebarang perbuatan yang tidak jujur.
7. Jangan bawa keluar kertas jawapan sama ada
yang belum ataupun yang telah digunakan.
8.Jangan menyamar atau membenarkan orang lain
menyamar bagi pihak diri anda di dalam peperiksaan.
9.Jangan tukar tempat duduk yang telah
diperuntukkan kepada anda tanpa kebenaran daripada guru pengawas peperiksaan.
10. Pelajar
hendaklah memakai pakaian seragam yang lengkap.
11. Jangan
mengganggu ketenteraman di dalam atau berdekatan kelas/ dewan peperiksaan yang
sedang berlangsung.
12. Pelajar
yang tidak mematuhi mana- mana peraturan/ larangan di atas boleh dikenakan
tindakan yang setimpal seperti berikut:
i. DILARANG MENERUSKAN PEPERIKSAAN BAGI KERTAS-
KERTAS SELANJUTNYA
ii. DIBATALKAN KEPUTUSAN MATA PELAJARAN ATAU
KESELURUHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN.




























